Sunday, April 25, 2010

♥ LV LOGO ♥

Assalamualaikum.

Untuk lebih memeriahkan lagi group kite ni... dialu2kan sesiapa untuk mencipta logo Love Vacation...

daripada situ nanti, kita bolehla buat yearly t-shirt...setuju tak...

dah buat logo tu..buat design t-shirt sekali....

lebih kepada sumbangan, bukan competition sebab group takde duit nak bagi hadiah la...nnti aku pikir2kan...

okey...idea ini terbuka sehingga 31.12.2010....

okey tak...support eh..

p/s : aku semangat ni..sbb aku dah malas nak kerja

Sunday, April 18, 2010

♥ April Quotes ♥

A vacation is like love - anticipated with pleasure, experienced with discomfort, and remembered with nostalgia.

Saturday, April 10, 2010

♥ PORT DICKSON ♥


Year : 2010 (2 - 4 Apr)
Location : Port Dickson
Tourists : 14 pax


Percutian kedua adalah di Port Dickson, Negeri Sembilan. Tarikh seperti di atas. Kami menginap di Mayangsari Resort (rate 2 je daripada 5)..

2 April 2010
Aku dan Ann check in masuk.. diikuti CT, Dira, Asmaa, Rahmah & Nabilah... kemudian Kak Huda...
Selepas maghrib kami ke The Store beli barang2 untuk BBQ dan hamper sukaneka. Tiba2 muncul plak Hakim...
Kami makan, makan dan makan...
Kemudian kami balik tidur...

3 April 2010
Bond sampai kul 2 pagi dan terus membuta.
Bangun seawal 530 pagi. Aku, Ann & Hakim pergi amek Zul & Fariha di Terminal 1.
Matun pun dah sampai/
Jam 10 barulah bermula sukaneka kami.
* Bola tampar
* Baling air dalam belon
* Teka kata - simpulan bahasa
* Radio rosak
Lepas habis main semua kami mebuta sambil layan cerita hindustan. hahaha..

Kul 3.00 kami bergerak ke Batu 4. Hujan turun. Mujur sekejap sahaja. Kami berkelah bawah wakaf.

Kami ber8 naik banana boat...story teller pasal buaya pun naik jugak..ha3...

pastu hujan turun balik..kami balik dan lakukan persiapan untuk BBQ.

Sewaktu persiapan dilakukan, Mahzan pun akhirnya menunjukkan diri. Kami ber BBQ sehingga jam 11 malam diikuti permainan UNO card.. Walaupun mata masing2 dah berat, tetapi masih gagah bermain, selama 2 pusingan.. layannnn...

Pastu semua membongkang tidur kepenatan...

4 April 2010
Memasing bangun lambat. Malas nak bangun.
Bile dah bangun, yang buat sarapan, buat.
Separuh lagi mandi kolam.
Kemas2... balik..

p/s: percutian yang memenatkan tetapi seronok.
* next trip to Langkawi... get ready...

♥ CAMERON HIGHLANDS ♥

Year : 2009 (13 - 15 Feb)
Location : Cameron Highlands
Tourists : 15 pax

Percutian ni dah agak lama jugaklah... setahun sudah berlalu... nak tau cerita p tengok kat blog dira

sekian... terima kasih...

p/s : saki ati tak?

♥ kata-kata aluan ♥

assalamualaikum.

tujuan menubuhkan blog ini adalah memberi semangat kepada member2 semua.

diharap kegiatan kita akan berlangsung setiap tahun.

menguatkan lagi ikatan silaturahim yang sedia kuat ni..cehhh..

aku semangat ni weh...

sat g bulan 6 ceti akan bergerak ye..

menuju ke destinasi seterusnya....